Blogger Templates
Welcome to my blog... Do follow ok?

Be My Follower...

Friday, 10 June 2011

Tips Untuk Kuruskan Badan Tanpa Ubat-ubatan

1.Jangan biarkan perut anda lapar
Makanan memberikan kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga yang kurang,tubuh kita akan terkejut.Tubuh kita akan membakar otot-otot untuk menggantikan makanan.Ini akan menyebabkan kadar metabolisma tubuh kita menjadi rendah.Bila anda tidak tahan berlapar,anda akan makan dengan lebih banyak.

2.Jangan makan makanan ringan
Makanan ringan tidak bagus untuk kesihatan.Selain menggemukkan,bahan pewarna dan MSG ia sangat merbahaya.So,jangan makan makanan ringan jika anda ingin kurus dan sihat.

3.Ambil sesuatu yang pahit
Minumlah sesuatu yang pahit seperti kopi dsb.Selepas tu anda kumurlah beberapa saat sebelum makan.Cara ini menyebabkan tekak anda merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL.Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


4.Elakkan minum minuman yang bergas
Minuman dalam tin yang bergas mengandungi 7-8 sudu gula dan ini tidak baik untuk kesihatan anda.Jika anda banyak minum minuman yang bergas selama ini,kurang-kurang kanlah minum tu.Sebab ia boleh menyebabkan kencing manis.


5.Minumlah 8 gelas air suam sehari
Air suam boleh mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh badan anda.Sebelum anda makan makanan yang berat-berat,cuba anda minum air suam,tentu anda tidak akan makan dengan banyak.


6.Kurangkan minyak
Janganlah anda masak dengan minyak yang banyak.Elakkan juga makan makanan yang bergoreng.Minyak masak mengandungi banyak kolestrol.Ia akan lebih cepat membuatkan berat badan anda naik mendadak dan berat badan anda susah nak turun.


7.Makanlah makanan dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan anda dengan perlahan-lahan dan jangan lah gopoh.Kerana apabila anda makan secara perlahan-lahan ,tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan anda.


8.Makan sayur-sayuran
Lebihkanlah sayuran dalam permakanan.Kerana sayuran sangat diperlukan oleh tubuh badan walaupun sayuran tidak sedap.Lagi pahit sayuran itu,lagilah bagus.